CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday 5 May 2012

The GREATEST MATHEMATICIAN


kali ini saya nk kongsikan serba sedikit tentang profil ahli tokoh sejarawan bidang Matematik.
Siapakah tokoh-tokoh yang anda kenali??ada tak beberapa nama-nama ahli genius 
matematik yang terlintas di kepala anda?
kalu tak ada pon tak mengapa....teruskan baca entry ni dan 
anda bole kenal mereka di sini...(>_<)v

  Al Biruni ((973-1050)
  • Nama sebenar : Abu Arrayhan Muhammad ibn Ahmad al-Biruni. 
  • Tarikh/Tempat lahir : pada 15 September 973 di Kath, Khwarazm (sekarang dikenali sebagai Kara-Kalpakskaya, Uzbekistan) 
  • Tarikh meninggal dunia : 13 Dec 1048 di Ghazna (sekarang dikenali sebagai Ghazni, Afganistan). 
  • Bidang : ahli matematik,ahli falsafah, ahli geografi, astronomi, fizik . 
  • Sumbangan : 
    • teori putaran bumi tanpa paksinya yang sendiri. 
    •  kaedah Matematik untuk membolehkan arah kiblat ditentukan dari mana-mana tempat di dunia. 
    • Beliau juga adalah orang yang pertama menyatakan bahawa jejari bumi ialah 6339.6 km
Al Kawarizmi (780-850)
  • Nama penuh : Muhammad Ibn Musa Al-Khawarizmi 
  • Gelaran :  Bapa algebra. 
  • Bidang : Beliau pakar dalam bidang matematik dan astronomi.
  • sumbangan :  
    • Hisab Al-Jabr wal Mugabalah (Buku Pengiraan, Perbaikan dan Pengurangan)
    • Algebra
Al battani (850-952)
  • Nama sebenar : Al-Battani atau Muhammad Ibn Jabir Ibn Sinan Abu Abdullah 
  • Tempat lahir : Battan, Damsyik.
  • Gelaran : Bapa trigometri  
  • Beliau putera Arab dan juga pemerintah Syria.
  • Bidang : Ahli astronomi dan matematik Islam yang tersohor.
  • Sumbangan :
    • Beliau berjaya meletakkan trigonometri pada tahap yang tinggi dan merupakan orang pertama yang menghasilkan jadual cotangents
Omar Khayyam (1048-1131)
  • Nama sebenar :  Ghiyath al-Din Abul Fateh Omar Ibn Ibrahim al-Khayyam 
  • Tarihk Lahir : 8 Mei 1048 
  • Karya : Buku `Mazalat fi al-Jabr wa al-Muqabila’ adalah karya agungnya dalam bidang algebra dan sangat penting dalam perkembangan algebra
  • Sumbangan : Algebra.
    • mengklasifikasikan kebanyakan persamaan algebra termasuk persamaan darjah ke tiga.
    • Omar Khayyam telah mengenal pasti 13 jenis bentuk persamaan kiub. 
    • Kaedah penyelesaian persamaan  adalah bersifat geometrikal.
    • Dalam bidang geometri pula, beliau banyak membuat kajian-kajian yang menjurus kepada pembentukan teori garisan selari.
    • memperkenalkan kalendar yang hampir-hampir tepat dan dinamakan Al-Tarikh-al- Jalali.
seterusnya Tokoh Matematik dari BARAT pula
Rene' Descartes (1596-1650)
  • Beliau adalah pencipta bagi cabang matematik geometri koordinat. 
  • Menurut beliau, adalah mencukupi untuk melukis suatu garis lurus jika penjangnya diketahui. 
  • Graf dilukis pada paksi Cartesan mengandungi satu set pasangan tertib (x,y). 
  • Beliau dikatakan mendapat idea mengenai koordinat ketika beliau sedang terbaring dan memerhatikan seekor labah-labah pada siling biliknya.
Achimedes (287-212 sm)

  • Dilahirkan pada 287 sebelum masihi dan meninggal pada tahun 212 sebelum masihi ketika perang.
  • Beliau kemungkinan mendapat pendidikan di Alexandria, di sekolah Euklid.
  • Beliau telah diajar mengenai kalkulus. 
  • Beliau juga dianggap sebagai “Bapa Kalkulus”.
  • Pencapaian beliau yang terkenal ialah :
    • Hukum Hidrostatik Archimedes
    • Mencipta Takal
    • Skru Archimedes
    • Menemui pi p

Sir Isaac Newton (1642-1727)
  • Dilahirkan pada 1642 di sebuah keluarga petani di jajahan Lincoln, England. 
  • Semasa kecil beliau tidak dapat bermain permainan kasar kerana badannya tidak cukup kuat, maka beliau menghabiskan masa lapangnya dengan merekacipta berbagai permainan seperti lelayang bertanglung, roda yang dipusingkan oleh air, jam kayu dan jam matahari.
  • Pencapaian
    • Hukum Newton
    • Teorem binomial





2 comments:

  1. sangat menarik dengan maklumat mengena tokoh ini, dengan adanya sejarah tokoh dengan pelbagai ilmuan dapat membantu kita mengenal dengan lebih rapat, dengan maklumat dengan ringkas membuatkan pembaca tidak bosan.

    ReplyDelete
  2. tq syazana...
    harap mklumat ini menambah pengetahuan kita...

    ReplyDelete