CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday 25 April 2012

Nombor Bulat



aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengenal 
nombor bagi murid-murid masalah pembelajaran perlu 
menarik dan boleh di lakukan dengan menggunakan bahan bantu mengajar
 misalnya menggunakan  flashcard.

Nombor 1 hingga 10




penggunaan flashcard  mampu menarik tumpuan 
murid-murid serta lebih mudah difahami kerana 
murid-murid mengenal nombor disamping 
mengira mengikut urutan dengan tepat.

KEMAMPUAN MEREKA..

Perkembangan proses mempelajari ilmu matematik yang lewat atau kesukaran memahami konsep matematik misalnya nombor bulat, bentuk-bentuk asas dan sebagainya memang di hadapi oleh kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Oleh itu, proses pengajaran dan pembelajaran dalam matematik perlu berbeza dari subjek-subjek lain kerana ia melibatkan pembinaan konsep, penguasaan kemahiran dan penyelesaian masalah. 
Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bermula daripada guru itu sendiri. seseorang bakal pendidik perlu memahami cara mengajar yang berkesan supaya prestasi kanak-kanak sentiasa meningkat. Walau bagaimanapun, guru perlu menilai kemampuan murid-murid  dan mengetahui zon perkembangan proksimal setiap kanak-kanak justeru kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan diterima. Oleh itu, aktiviti pembelajaran yang mengikut keupayaan secara berperingkat mampu mendorong prestasi,dan motivasi murid-murid.

Monday 23 April 2012

MENARIK!!!

hari ini saya ingin memperkenalkan kepada anda 
sebuah laman web yang telah saya temui baru-baru ini. 
saya rasakan laman web ini amat menarik dan bagus kerana di situ terdapat banyak 
maklumat dan instrumen pengajaran yang bersesuaian dengan Pendidikan Khas. 
Segala maklumat dan dokumen serta banyak lagi boleh dimuat turun untuk digunakan dalam 
P&P Pendidikan Khas.Harap-harap anda semua dapat melihat dan 
meneroka sendiri laman web ini!

KLIK LINK DI BAWAH..




Wednesday 4 April 2012

Assalamualaikum...

selamat datang ke blog saya
jom kita kongsi pengalaman dan pengetahuan!!