CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday 25 April 2012

KEMAMPUAN MEREKA..

Perkembangan proses mempelajari ilmu matematik yang lewat atau kesukaran memahami konsep matematik misalnya nombor bulat, bentuk-bentuk asas dan sebagainya memang di hadapi oleh kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Oleh itu, proses pengajaran dan pembelajaran dalam matematik perlu berbeza dari subjek-subjek lain kerana ia melibatkan pembinaan konsep, penguasaan kemahiran dan penyelesaian masalah. 
Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bermula daripada guru itu sendiri. seseorang bakal pendidik perlu memahami cara mengajar yang berkesan supaya prestasi kanak-kanak sentiasa meningkat. Walau bagaimanapun, guru perlu menilai kemampuan murid-murid  dan mengetahui zon perkembangan proksimal setiap kanak-kanak justeru kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan diterima. Oleh itu, aktiviti pembelajaran yang mengikut keupayaan secara berperingkat mampu mendorong prestasi,dan motivasi murid-murid.

No comments:

Post a Comment