CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday 17 May 2012

KULIT BUKU

tugasan yang diberikan menghendaki sy untuk membuat dan mereka cipta sebuah kulit buku.
proses pengambilan gambar dijalankan di sekitar UKM.

Proses PEMILIHAN



Proses "EDIT"


ada dua buah kulit buku yang dihasilkan. 


 kulit buku kedua ( KULIT BUKU YANG SY PILIH)






Wednesday 16 May 2012

16 MEI 2012...HAPPY TEACHER'S DAY!

SELAMAT HARI GURU kepada semua guru-guru di Malaysia dan di seluruh dunia
especially to Cikgu di SKUJ,SMK J2, n SMK Jengka Pusat
terima ksih ats tunjuk ajr, semangat dan sokongan yang diberikan kpd sy dan rakan2,
tidak lupe jg kepada pensyarah2 di UKM dan rakan seperjuangan.

Friday 11 May 2012

Perbandingan Objek

pembelajaran seterusnya alah berkaitan dengan membanding objek.
di akhir pengajaran pelajar dapat menentukan :
  • panjang /pendek
  • besar/kecil
  • tinggi/rendah
  • tebal/nipis
  • berat/ringan/
  • banyak/sedikit
  • sama banyak/tidak sama banyak
  • lebih/kurang
Aktiviti mengenal dan membuat perbandingan objek boleh dilakukan melalui aktiviti-aktiviti;

  • pengelasan,
  • padanan,
  • pengasingan dan 
  • pengumpulan.
  1. mula -mula kenalkan pelajar dengan konsep kumpulan objek.
  2. gunakan benda maujud di dlam bilik darjah agar pelajar mudah memahami konsep pembahagian objek.
  3. berikan juga pelajar lembaran kerja yang berkaitan dengan tajuk kumpulan objek.

AKTIVITI 1
guru perlu sediakan butang-butang baju yang pelbagai warna 
dan saiz.guru arahkan pelajar mengasingkan butang-butang tersebut 
mengikut kumpulan saiz besar dan saiz kecil.

AKTIVITI 2

guru mengaitkan keadaan sekeliling bilik darjah atau luar bilik darjah 
dalam membuat perbandingan objek-objek.
Contoh ;
membandingkan lelaki dengan perempuan
(cara yang mudah kerana pelajar boleh lihat perbezaan dengan jelas)

Lembaran aktiviti.

 


Saturday 5 May 2012

The GREATEST MATHEMATICIAN


kali ini saya nk kongsikan serba sedikit tentang profil ahli tokoh sejarawan bidang Matematik.
Siapakah tokoh-tokoh yang anda kenali??ada tak beberapa nama-nama ahli genius 
matematik yang terlintas di kepala anda?
kalu tak ada pon tak mengapa....teruskan baca entry ni dan 
anda bole kenal mereka di sini...(>_<)v

  Al Biruni ((973-1050)
  • Nama sebenar : Abu Arrayhan Muhammad ibn Ahmad al-Biruni. 
  • Tarikh/Tempat lahir : pada 15 September 973 di Kath, Khwarazm (sekarang dikenali sebagai Kara-Kalpakskaya, Uzbekistan) 
  • Tarikh meninggal dunia : 13 Dec 1048 di Ghazna (sekarang dikenali sebagai Ghazni, Afganistan). 
  • Bidang : ahli matematik,ahli falsafah, ahli geografi, astronomi, fizik . 
  • Sumbangan : 
    • teori putaran bumi tanpa paksinya yang sendiri. 
    •  kaedah Matematik untuk membolehkan arah kiblat ditentukan dari mana-mana tempat di dunia. 
    • Beliau juga adalah orang yang pertama menyatakan bahawa jejari bumi ialah 6339.6 km
Al Kawarizmi (780-850)
  • Nama penuh : Muhammad Ibn Musa Al-Khawarizmi 
  • Gelaran :  Bapa algebra. 
  • Bidang : Beliau pakar dalam bidang matematik dan astronomi.
  • sumbangan :  
    • Hisab Al-Jabr wal Mugabalah (Buku Pengiraan, Perbaikan dan Pengurangan)
    • Algebra
Al battani (850-952)
  • Nama sebenar : Al-Battani atau Muhammad Ibn Jabir Ibn Sinan Abu Abdullah 
  • Tempat lahir : Battan, Damsyik.
  • Gelaran : Bapa trigometri  
  • Beliau putera Arab dan juga pemerintah Syria.
  • Bidang : Ahli astronomi dan matematik Islam yang tersohor.
  • Sumbangan :
    • Beliau berjaya meletakkan trigonometri pada tahap yang tinggi dan merupakan orang pertama yang menghasilkan jadual cotangents
Omar Khayyam (1048-1131)
  • Nama sebenar :  Ghiyath al-Din Abul Fateh Omar Ibn Ibrahim al-Khayyam 
  • Tarihk Lahir : 8 Mei 1048 
  • Karya : Buku `Mazalat fi al-Jabr wa al-Muqabila’ adalah karya agungnya dalam bidang algebra dan sangat penting dalam perkembangan algebra
  • Sumbangan : Algebra.
    • mengklasifikasikan kebanyakan persamaan algebra termasuk persamaan darjah ke tiga.
    • Omar Khayyam telah mengenal pasti 13 jenis bentuk persamaan kiub. 
    • Kaedah penyelesaian persamaan  adalah bersifat geometrikal.
    • Dalam bidang geometri pula, beliau banyak membuat kajian-kajian yang menjurus kepada pembentukan teori garisan selari.
    • memperkenalkan kalendar yang hampir-hampir tepat dan dinamakan Al-Tarikh-al- Jalali.
seterusnya Tokoh Matematik dari BARAT pula
Rene' Descartes (1596-1650)
  • Beliau adalah pencipta bagi cabang matematik geometri koordinat. 
  • Menurut beliau, adalah mencukupi untuk melukis suatu garis lurus jika penjangnya diketahui. 
  • Graf dilukis pada paksi Cartesan mengandungi satu set pasangan tertib (x,y). 
  • Beliau dikatakan mendapat idea mengenai koordinat ketika beliau sedang terbaring dan memerhatikan seekor labah-labah pada siling biliknya.
Achimedes (287-212 sm)

  • Dilahirkan pada 287 sebelum masihi dan meninggal pada tahun 212 sebelum masihi ketika perang.
  • Beliau kemungkinan mendapat pendidikan di Alexandria, di sekolah Euklid.
  • Beliau telah diajar mengenai kalkulus. 
  • Beliau juga dianggap sebagai “Bapa Kalkulus”.
  • Pencapaian beliau yang terkenal ialah :
    • Hukum Hidrostatik Archimedes
    • Mencipta Takal
    • Skru Archimedes
    • Menemui pi p

Sir Isaac Newton (1642-1727)
  • Dilahirkan pada 1642 di sebuah keluarga petani di jajahan Lincoln, England. 
  • Semasa kecil beliau tidak dapat bermain permainan kasar kerana badannya tidak cukup kuat, maka beliau menghabiskan masa lapangnya dengan merekacipta berbagai permainan seperti lelayang bertanglung, roda yang dipusingkan oleh air, jam kayu dan jam matahari.
  • Pencapaian
    • Hukum Newton
    • Teorem binomial





Tengok Video Lagi

sebelum/semasa/selepas belajar mengenal bentuk
ambil masa sedikit dan tunjukkn pula  murid-murid video..

Friday 4 May 2012

Pranombor

Objektif pengajaran Pranombor ialah membolehkan murid-murid : 
  1. Menamakan objekKlasifikasi objek dibahagikan kepada :
    • bentuk  
      • segi empat, segi tiga, bulat
    • saiz 
      • besar dan kecil
    • warna 
      • warna asas iaitu merah,biru, kuning
      • sekunder iaitu hijau, jingga , ungu
  • Guru boleh menggunakan bahan/objek konkrit/maujud semasa P&P supaya pemahaman murid dapat dibina dengan jelas kerana murid  melihat dan menyentuh sendiri objek tersebut.
  • Aktiviti P&P perlu dikukuhkan dengan lembaran kerja yang bersesuaian.

Download, klik

    Tuesday 1 May 2012

    Nyanyi & Kira

    bagaimana ingin menarik tumpuan pelajar dalam kelas?
    jom gunakan video lagu sebelum atau semasa aktiviti P&P dijalankan.

    ~versi melayu yang telah saya jumpa~



    bukan versi Melayu je...english version pun ada!!